Assalamualaikum
sahabat² di Alam Maya.
harini nak post tips penghasilan susu dengan Power Pumping. Dekat entry INI ada saya sebut tentang Power Pumping kan.. belum baca sila KLIK SINI untuk membacanya ya. Jum kite kongsi sikit apa kebenda POWER PUMPING tuh..
Apa itu Power Pumping?

Siapa yang perlukan Power Pumping?
1. ibu yang kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu : mungkin akibat, drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam dan sebagainya.
2. ibu yang relaktasi/menyusukan semula anak setelah berhenti menyusukannya.
3. ibu yang menyusukan anak angkat ; teknik ini digunakan untuk merangsang susu.
Macam mana nak buat Power Pumping.
- Untuk single pump : pam dulu sebelah kanan 10 minit, kemudian beralih kiri selama 10minit, tukar pulak sebelah kanan 10minit, dan seterusnya bertukar² selama 10minit dan berterusan selama 1jam.
- untuk double pump : pam serentak kedua² belah selama 10minit, rehat/stop 10minit, kemudian sambung pam lagi selama 10minit, rehat/stop 10minit, dan berterusan selama 1jam.
Berapa lama masa yang diperlukan untuk mendapat hasilnya?
hasil boleh didapatkan dalam masa 1minggu. bukannya sekali buat terus okey, ianya ambil masa juga. Insha ALLAH dlm tempoh 1minggu, sehari sekali korang buat, hasilnya akan tercapai. walaupon pada hari pertama hasil pam setitik dua atau "pam angin" sahaja, teruskan jua misi tersebut sehingga mendapat hasil yang dikehendaki.
berdasarkan pengalaman saya, pernah juga, masa Dhiya umur 4bulan, susu saya merudum sebabnya badan tak sihat selsema bagai, so badan automatik jadi letih dan lemah, saya try power pumping ini, selama 3hari berturut² antara jam 2 hingga 3 pagi. Alhamdulillah susu kembali normal.
kadang kala ia bergantung juga keadaan susu kita, macam saya susu ader cuma merudum, so nak pulihkan semula tu xder ambil masa sangat la, dalam 3hari pon dah mmg nampak hasilnya. Berbanding dengan mereka yang masih belum ada susu, dan baru mula nak hasilkan susu, mungkin ambil masa ler..
Apa²pon para ibu sekalian kena kuatkan semangat, banyak² bersabar dan jangan lupa berdoa, tawakal, jangan mudah putus asa dan berusaha agar segalanya dipermudahkan ALLAH swt, dan sentiasa dimurahkan rezeki buat anak² kite.. SesungguhNya DIALAH YA RAZZAQ, Yang Maha Memberi Rezeki.
kepada ibu² yang berkerja seperti saya, kadangkala terlalu sibuk dan tak sempat nak mengepam, so amatlah disarankan membuat power pumping di malam harinya, Insha ALLAH, susu takkan berkurang, malah kalau selalu diamalkan susu akan bercambah lagi dari semasa ke semasa.
Selamat mencuba ^_^
KLIK..KLIK..KLIK
TIPS PENYUSUAN EKSKLUSIF
TIPS BANYAKKAN SUSU