Assalamualaikum
sahabat² di alam maya..
halo..haloo.. sihat yer semua??
Alhamdulillah muga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera.
setiap ibu, pasti berkeinginan nak susukan bayi kan.. begitu juga saya. niat dan azam saya nak susukan bayi tertanam selepas saya tak dapat susukan kaklong Qhayra. anak kedua mmg saya berazam nak susukan bayi saya sepenuhnya. Alhamdulillah hasrat itu berjaya dilakukan berkat izin Allah swt.
namun, tidak semua org bernasib baik kan?? ada juga ibu² yang tak dapat menyusu bayi mereka kerana kurangnya susu.. ada juga di kalangan ibu² menyatakan susu tiada. Di sini, ada beberapa tips yang boleh membantu ibu² sekalian memperbanyakkan susu. Insha ALLAH segalanya dengan izin-NYA.
1. "Roaming In" dengan baik sebaik sahaja bayi dilahirkan. ibu² disarankan agar bersalin Hospital Rakan Bayi. apabila bersalin di Hospital Rakan Bayi, sebaik sahaja bayi dilahirkan akan terus diberikan kepada kita, sekiranya bayi itu tiada sebarang masalah. elakkan penggunaan botol kerana ia akan menimbulkan kekeliruan kepada bayi.
2. Sentiasa berfikir susu kita mencukupi. Insha ALLAH. susukan lah bayi kita sekerap mungkin atau ketika mana di minta. sekiranya bayi meminta susu dalam setengah jam sekali, maka bagi je bayi hisap, jgn dicampur susu gan air masak atau makanan pejal
3. jika bayi kerap tidor, maka kejutkan bayi anda 2jam sekali. sekiranya bayi tidor, ini masa yang sesuai kita manfaatkan dengan mengepam susu. Lebih kerap kita mengepam/kosongkan breast kite, lebih banyakk susu yang dihasilkan.
4. banyakkan minum air kosong atau air masak antara 2-3liter setiap hari. elakkan dari meminum air ais, walaupon air ais kosong. utk memudahkan kite, saya sarankan agar gunalah bekas minuman yang siap sukatan, contoh spt yang saya gunakan botol dr brand tupperware sukatan 1liter. setiap hari saya akan habiskan hampir 2liter di pejabat. dirumah dalam 500ml cmtu. air antara komponen terbesar dalam pengahasilan susu. so jangan pandang remeh pengambilan air ya :)
5. bagi ibu yang bekerja, mulalah mengepam seawal dalam pantang lagi, dan aktiviti ini akan diteruskan setiap 3jam sekali pada waktu pejabat. ibu² perlukan korbankan sedikit masa untuk mengepam. jika terlalu sibuk, pastikan ibu² mengepam 2x kali sehari. sesi mengepam 3x di pejabat adalah terbaik. saya akan mengepam antara jam 11am dan 4pm.
6. sekiranya, susu tiba² merundum, amalkan POWER PUMPING. Apa itu Power pumping..Sila KLIK..KLIK danKLIK SINI untuk maklumat lanjut..
7. Jangan stress. emosi memainkan peranan penting dlm penghasilan susu. jika kite stress susu tidak dapat dihasilkan dengan baik. so bertenang lah sebaik² mungkin.. saya amalkan mengepam ketika dalam wuduk. selalunya selepas saya solat. kite akan terasa tenang dan bersih dalam keadaan wuduk kan. korang boleh try kalo tak percaya.
8. Pemakanan seimbang amatlah penting. makan sesuatu yang berkhasiat agar susu yang terhasil juga berkhasiat, amallah supliment yang bersesuaian. sebelum ni saya ader juga amek supliment shaklee, ok juga. then saya stop, sebab kalo boleh taknak bergantung gan vitamin tu. bila stop ok jew, tak putusdan tak kurang pon susu, so saya berfikiran yang segala rezeki datang dr ALLAH. bukan supliment tu kan..hehee :D
pada mereka nak amek supliment saya sarankan makan kurma jew, susu bercambah juga. Insha ALLAH.
9. banyakkan membaca dan mancari ilmu penyusuan. semua ini dapat membantu kita dalam menjayakan penyusuan eksklusif.
10. banyakkan berdoa kepada YANG MAHA ESA, supaya dimurahkan dan dilimpahkan rezeki yang banyak untuk bayi kite.
semoga semua tips² ini dapat membantu kalian semua..
setiap ilmu yang diperolehi menjadi manfaat buat kite semua,.
selamat beramal.
sekian ^_^